Syarat Permohonan

Kenyataan Media

08/05/2021
Kementerian Kewangan ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan BPR dengan membina laman sesawang yang mirip seperti laman rasmi BPR.

08/05/2021
Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Hanya ada satu portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my

04/05/2021
Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat)

22/03/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sarawak

23/02/2021
Pembayaran Fasa 1 BPR bernilai RM1.93 Bilion secara berperingkat mulai 24 FEBRUARI 2021

14/02/2021
Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) – yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 – kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

18/02/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sabah

09/02/2021
Program penunaian BPN 2.0 yang dijadualkan berlangsung di Daerah Saratok pada 11 & 12 Februari 2021 adalah DITANGGUHKAN.

01/02/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH)


Rayuan BPR 2021


  • Penutupan Kaunter LHDNM bagi perkhidmatan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seluruh negara bermula 1 Jun 2021

    • Semua kaunter LHDNM bagi perkhidmatan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditutup sementara bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
    • Pemohon disarankan untuk menggunakan perkhidmatan BPR 2021 seperti berikut:
      1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) ; atau
      2. Hubungi talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MOF 03-8882 4565/03-8882 4566

  • Penolakan dan pemulangan semula Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat kepada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga 31 Mei 2021 bagi membolehkan Rayuan BPR 2021 bagi pemohon BPR 2021 yang berstatus tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) dibuat semakan semula mengikut syarat kelayakan BPR 2021 yang telah ditetapkan.

  • Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan).

  • Maklumat Rayuan BPR 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:

    • Kaedah Permohonan Rayuan BPR 2021
    • Panduan Pengguna bagi Permohonan Rayuan BPR 2021
    • Dokumen sokongan Rayuan BPR 2021
    • Soalan Lazim (FAQ) Rayuan BPR 2021

Permohonan BPR 2021


  • Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

  • Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

  • Pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.

  • Permohonan Baharu BPR boleh dilakukan oleh pemohon yang tidak menerima BSH 2020 /BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah manakala bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Rujuk Syarat Permohonan BPR.

Bayaran Fasa 2 BPR 2021


    • Tarikh Pembayaran
      1. Ada Akaun – Bayaran mulai 07 Mei 2021 secara berperingkat
      2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei 2021
      3. Tiada Akaun (Pedalaman) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan.
    • Semakan Status Pembayaran Fasa 2 BPR 2021 boleh disemak dengan log masuk MyBPR.

Bayaran Fasa 1 BPR 2021


  • Bayaran Fasa 1 BPR 2021 telah diawalkan seperti mana yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) seperti berikut:
    Selanjutnya...

    • Tarikh Pembayaran
      1. Ada Akaun – Bayaran mulai 24 Februari 2021 secara berperingkat
      2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2021
      3. Tiada Akaun (Pedalaman) – 1 Mac – 1 April 2021. Lokasi akan dimaklumkan.
    • Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang diluluskan sebelum ini:
      1. Isi Rumah (Pendapatan sehingga RM5,000) - RM300
      2. Bujang (Pendapatan sehingga RM2,000) – RM150
    • Semakan Status Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 boleh disemak dengan log masuk MyBPR

  • TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

  • Berhati-hati dengan Penyamaran

    LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatan Rakyat (BPR. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Berhati-hati dengan Penyamaran

    LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatan Rakyat (BPR. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Monitoring Tools Evaluation

Monitor the evolution of your finances and health state using tools integrated in Leno. The generated real time reports can be filtered based on any desired criteria.