e-Janji Temu

Kenyataan Media

13/06/2021
Tarikh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

08/05/2021
Kementerian Kewangan ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan BPR dengan membina laman sesawang yang mirip seperti laman rasmi BPR.

08/05/2021
Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Hanya ada satu portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my

04/05/2021
Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat)

22/03/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sarawak

23/02/2021
Pembayaran Fasa 1 BPR bernilai RM1.93 Bilion secara berperingkat mulai 24 FEBRUARI 2021

14/02/2021
Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) – yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 – kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

18/02/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sabah

09/02/2021
Program penunaian BPN 2.0 yang dijadualkan berlangsung di Daerah Saratok pada 11 & 12 Februari 2021 adalah DITANGGUHKAN.

01/02/2021
Jadual Pembukaan Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH)


Bayaran BPR Tambahan


    • Tarikh Pembayaran
      1. Ada Akaun – Bayaran mulai 29 Jun 2021 secara berperingkat.
      2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Jun 2021.
      3. Tiada Akaun (Pedalaman) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan.
    • Semakan status pembayaran BPR Tambahan boleh disemak dengan Log Masuk MyBPR.


Kaunter dan Perkhidmatan
dalam talian BPR 2021


  • Kaunter BPR di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah ditutup sementara mulai 5 Julai 2021. Oleh itu, janji temu yang telah dibuat di Kaunter BPR yang berkenaan adalah terbatal. Permohonan e-Janji Temu boleh dibuat semula selepas Kaunter BPR dibuka semula.

  • Perkhidmatan kaunter BPR LHDNM akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu mulai 15 Jun 2021. Anda boleh membuat permohonan janji temu secara dalam talian melalui e- Janji Temu di Portal Rasmi BPR. Sila Klik untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BPR LHDNM.

  • Untuk maklumat lanjut e-Janji Temu, sila rujuk Soalan lazim atau Panduan Pengguna e-Janji Temu sekiranya anda ingin membuat permohonan janji temu.

  • Perkhidmatan BPR yang boleh diakses secara dalam talian pada Portal BPR 2021 tanpa perlu hadir ke Cawangan secara janji temu adalah seperti berikut:

    • Semakan status permohonan dan maklumat bayaran
    • Set semula kata laluan BPR (jika mempunyai alamat e-Mel berdaftar)
    • Cetak permohonan BPR
    • Semak pemakluman BPR

Permohonan dan Rayuan BPR 2021


  • Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021. Sila Klik untuk Panduan Pengguna Permohonan Rayuan dan Sila Klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik / dilampirkan semasa permohonan rayuan.

  • Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

    Selanjutnya...
  • Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

  • Pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.

  • Permohonan Baharu BPR boleh dilakukan oleh pemohon yang tidak menerima BSH 2020 /BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah manakala bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Rujuk Syarat Permohonan BPR.

Bayaran Fasa 2 BPR 2021


    • Tarikh Pembayaran
      1. Ada Akaun – Bayaran mulai 07 Mei 2021 secara berperingkat.
      2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei 2021.
      3. Tiada Akaun (Pedalaman) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan.
    • Semakan Status Pembayaran Fasa 2 BPR 2021 boleh disemak dengan Log Masuk MyBPR.

Bayaran Fasa 1 BPR 2021


  • Bayaran Fasa 1 BPR 2021 telah diawalkan seperti mana yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) seperti berikut:
    Selanjutnya...

    • Tarikh Pembayaran
      1. Ada Akaun – Bayaran mulai 24 Februari 2021 secara berperingkat
      2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2021
      3. Tiada Akaun (Pedalaman) – 1 Mac – 1 April 2021. Lokasi akan dimaklumkan.
    • Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang diluluskan sebelum ini:
      1. Isi Rumah (Pendapatan sehingga RM5,000) - RM300
      2. Bujang (Pendapatan sehingga RM2,000) – RM150
    • Semakan Status Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 boleh disemak dengan log masuk MyBPR

  • TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

  • Berhati-hati dengan Penyamaran

    LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatan Rakyat (BPR. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Berhati-hati dengan Penyamaran

    LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatan Rakyat (BPR. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Monitoring Tools Evaluation

Monitor the evolution of your finances and health state using tools integrated in Leno. The generated real time reports can be filtered based on any desired criteria.