Bayaran Fasa 1 BPR 2021 telah diawalkan seperti mana yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) seperti berikut:
Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.
Permohonan Baharu BPR boleh dilakukan oleh pemohon yang tidak menerima BSH 2020 /BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah manakala bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Rujuk Syarat Permohonan BPR.
TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatan Rakyat (BPR. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Monitor the evolution of your finances and health state using tools integrated in Leno. The generated real time reports can be filtered based on any desired criteria.